PENCEMARAN

DEFINISI PENCEMARAN

Kemasukan bahan pencemar seperti bahan kimia,hingar, haba, cahaya dan tenaga ke dalam alam sekitaryang mengakibatkan kesan yang memusnahkan sehingga membahayakan kesihatan manusia, mengancam sumber alam dan ekosistem, serta mengganggu ameniti dan kenggunaan halal alam sekitar.

 

MENURUT AKTA KUALITI ALAM SEKITAR 1974

Pencemaran adalah sebarang perubahan sama ada secara langsung atau tidak langsung kepada sifat-sifat fizik, kimia, biologi atau aras sinaran mana-mana bahagian alam sekeliling dengan melepaskan, mengeluarkan atau meletakkan buangan hingga menjejaskan keguanaan-kegunaan berfaedah, yang menimbulkan sesuatu keadaan berbahaya atau mungkin berbahaya kepada kesihatan, keselamatan atau kebajikan awam atau organisma-organisma lain,tumbuhan dan haiwan.

 

DEFINISI PENCEMARAN AIR

kebocoran dan pembuangan bahan kimia ke dalam sumber air  hingga mengubah kandungan, keadaan dan warnanya sama ada dari segi biologi, kimia atau fizik.

 

PUNCA PENCEMARAN AIR

             bahan buangan domestik

             kilang – kilang

             pertanian

             industri perlombongan

             bahan-bahan buangan radioaktif dan ujian bom dan nukelar di laut

 

KESAN PENCEMARAN AIR

             peningkatan kos pembersihan dan bekalan minuman

             hidupan air ( ikan, udang, dan lain-lain ) terancam.

             kesihatan terganggu ( penyakit-penyakit yang dibawa oleh air )

             gangguan penggunaan kemudahan rekreasi

            penggunaan air bersih terjejas.

 

CARA MENGATASI PENCEMARAN AIR

             Elakkan pembuangan sisa-sisa makanan dan organik ke dalam longkang. Cara praktikal yang boleh dilakukan ialah menanam sisa-sisa makanan di tapak yang sesuai

             Penguatkuasaan undang-undang. Contohnya, Akta Zon Ekonomi Eksklusif 1984 haruslah digunakan setakat yang diperlukan dan mengenakan denda yang lebih tinggi kepada mereka yang mencemari laut dan pantai

 

DEFINISI PENCEMARAN UDARA

Pembebasan bahan kimia berbahaya atau benda asing lain ke dalam atmosfera . Contoh-contoh bahan pencemar termasuk karbon monoksida, sulfur dioksida, klorofluorokarbon (CFC), nitrogen dioksida yang dikeluarkan oleh kenderaan dan kilang industri.

 

PUNCA-PUNCA PENCEMARAN UDARA

             pembakaran terbuka

             kejadian semulajadi (gunung berapi, mata air panas, pereputan bahan organik)

             kilang-kilang perindustrian, penjana kuasa dan kenderaan

 

KESAN PENCEMARAN UDARA

             Menggangu pernafasan normal

             Pembentukkan asbut yang menganggu mata

             Serangan lelah pada pesakit asma dan  batuk

             Menyebabkan hujan asid

             Menggangu keupayaan badan membina sel darah baru, merosakkan paru-paru

             Kerencatan dan kecacatan otak pada kanak-kanak

             Memedihkan mata

 

CARA MENGATASI PENCEMARAN UDARA

             Penggunaan hidrokloroflorokarbon (HCFC) bagi menggantikan kloroflorokarbon (CFC)

             Perundangan

– Akta Kualiti Alam Sekitar1974,  1985 (Pindaan)

– Peraturan Kenderaan Bermotor (Kawalan Pelepasan Asap, 1977)

– Peraturan Kualiti Alam Sekitar (Udara Bersih  1978)

 

LANGKAH MENGAWAL PENCEMARAN UDARA

             Pengasing elektrostatik

– menggunakan daya elektrostatik untuk mengasingkan partikal udara

             Wet Scrubber

– satu aliran gas yang dihubungkan denagn cecair supaya bahan pencemar dapat larut dalam cecair

 

LANGKAH MENGAWAL PENCEMARAN UDARA

             Penampalan  Ozon

– bahagian ozon yan g berlubang boleh ditampal denagn mengionkan oksigen di atmosfera melalui penggunaan belon helium

– menembak peluru ozon menggunakan kapal terbang

 

DEFINISI PENCEMARAN BUNYI

             Merupakan bunyi yang hasilan mesin, haiwan atau manusia yang mengganggu aktiviti atau keseimbangan kehidupan manusia atau haiwan.

 

PUNCA-PUNCA PENCEMARAN BUNYI

             Bunyi kenderaan

             Penggera kereta

             Mesin pengilang

             Kerja-kerja pembinaan

             Salakan anjing

             Pembesar suara

             Orang bising

 

KESAN PENCEMARAN BUNYI

             Kepada kesihatan manusia

– mampu merosakkan secara fisiologi dan kesihatan fisiologi

– menyebabkan rimas dan agresif, tahap tekanan tinggi, hipertensi, kehilangan pendengaran dan gangguan tidur

 

KESAN PENCEMARAN BUNYI

             Kesan kepada alam sekitar

– bising mampu memberi kesan buruk pada haiwan seperti menyebabkan tekanan, meningkatkan risiko kematian dengan   menukar keseimbangan sensitif pengesanan dan mengelak pemangsa/mangsa

– menganggu penggunaan bunyi mereka sebagai perhubungan

 

CARA MENGATASI DAN MENGAWAL PENCEMARAN BUNYI

             Penggunaan halangan bunyi

             Menghadkan kelajuan kenderaan

             Menukar tekstur permukaan jalan

             Menghadkan kenderaan berat

             Menggunakan kawalan trafik yang melicinkan aliran trafik bagi mengurangkan brek dan pecutan

 

KESIMPULAN

             Pencemaran adalah satu masalah sosial yang perlu diatasi dan dikawal supaya kelestarian alam sekitar sentiasa terpelihara

             Setiap orang perlu mempunyai rasa tanggungjawab untuk menjaga kebersihan alam sekitar

             Kempen dan undang-undang perlu dilaksanakan dengan berkesan.

             Negara Bersih Rakyat Aman!!!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s